Terbaru/News

DEEPGLINT SEMARAKKAN ASPIRASI AI DI KALANGAN GENERASI BARU MALAYSIA

DEEPGLINT SEMARAKKAN ASPIRASI AI DI KALANGAN GENERASI BARU MALAYSIA

Kumpulan akan Menubuhkan Syarikat Baharu di Malaysia, Merapatkan Bakat dan Teknologi Melalui Inisiatif Deep Glint


Syarikat tersenarai China  DeepGlint Technology Co. Ltd., (DeepGlintatau “Kumpulan), dengan kecerdasan buatan berwawasan (AI) yang pertama disenaraikan di Bursa Saham Shanghai , telah menganjurkan  seminar dengan kerjasama Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology at Setapak (“TAR UMT”) untuk memperkenalkan kemajuan teknologi AI DeepGlint kepada 120 pelajar sains komputer.

DeepGlint, peneraju dalam AI, penglihatan komputer dan analisis data besar, telah mempamerkan penyelesaian inovatif Kumpulan yang merentas pelbagai domain, termasuk ‘metaverse’, sukan pintar dan pengurusan trafik. Melalui seminar ini, para pelajar telah dapat menambahkan pengetahuan tentang teknologi termaju serta projek-projek oleh Kumpulan tersebut yang telah memberikan impak yang ketara. Seminar ini juga merupakan satu langkah penting ke arah mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam landskap AI global, sejajar dengan visi Malaysia untuk pertukaran bakat yang lebih besar dengan negara China.

Selain itu, DeepGlint turut mengumumkan kerjasama dengan syarikat AI Malaysia, DeepCore Sdn. Bhd. (“DeepCore”). Dalam usaha gabungan ini, kedua-dua syarikat akan bertumpu untuk mengumpil bakat dan sumber tempatan untuk memajukan lagi teknologi dan penyelesaian AI, bagi mengukuhkan peranan strategik Malaysia dalam ekosistem teknologi global.

DeepCore juga sedang meneroka dengan TAR UMT untuk merekrut pelajar-pelajar bagi program pertukaran bakat di mana pelajar-pelajar terpilih akan mendapat latihan dan pengalaman praktikal dalam persekitaran perniagaan AI yang matang di ibu pejabat DeepGlint di Beijing, China. Calon-calon yang berjaya akan diberi peluang pekerjaan sepenuh masa dengan DeepCore atau ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.


Zhao Yong, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DeepGlint berkata, “Kami gembira melihat begitu ramai bakat di Malaysia. DeepGlint komited untuk memperkasakan minda muda dan merapatkan jurang antara akademik dan industri. Rakan kongsi kami, DeepCore adalah bukti kepercayaan kami terhadap potensi Malaysia sebagai pemain utama dalam revolusi AI merentasi pasaran ASEAN dan Timur Tengah. Program pertukaran bakat akan membolehkan kami mencari bakat dan pada masa yang sama, menyumbang kepada pembangunan AI di Malaysia dan ASEAN.”

Dr. Wong Thein Lai, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan di Fakulti Pengkomputeran dan Teknologi Maklumat merangkap Penolong Profesor TAR UMT menambah, "Seminar dengan DeepGlint merupakan pengalaman yang amat bermanfaat  untuk pelajar-pelajar kami, di mana mereka dapat menggambarkan teknologi yang akan datang serta potensi dan kedudukan mereka di masa depan. Kami menghargai  peluang ini dan prospek masa depan kerjasama ini untuk pertumbuhan profesional pelajar-pelajar kami."

 

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...