Terbaru/News

Majlis Berbuka Puasa Astro Shaw Filem "The Experts" Sempena Kempen Riang Raya Bersama-sama Mirinda

Majlis Berbuka Puasa Astro Shaw Filem "The Experts" Sempena Kempen Riang Raya Bersama-sama Mirinda.

Mirinda menyatukan ahli keluarga pada Hari Raya ini dengan filem ‘The Experts’ terbitan Astro Shaw bagi menceriakan lagi sambutan Aidilfitri!


Mirinda, minuman ringan buah berkarbonat kegemaran semua yang terkenal dengan rasa yang menarik dan melegakan tekak untuk keriangan bersama, kini bekerjasama dengan penerbit filem gergasi Malaysia, Astro Shaw, untuk filem, “The Experts”, bagi menjayakan kempen “Riang Raya Bersama-sama Mirinda”. Kempen daripada Mirinda ini berhasrat untuk mengukuhkan lagi komitmen dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dikenali dengan cita rasa oren dan strawberi, minuman yang sinonim sebagai hidangan musim perayaan ini pasti akan menjadi teman keriangan bersama bagi seisi keluarga anda.



Selain itu, Mirinda ingin mengupas pengertian “kosong-kosong” dan nilai kemaafan dalam bulan mulia ini. Sebagai konsep yang mencerminkan nilai terpenting pada bulan Ramadan dan Syawal, setiap individu digalakkan untuk mencari permulaan baru dan saling bermaaf-maafan, di samping menikmati kesegaran Mirinda ketika bersama orang-orang tersayang.



Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan berkata, “Selama beberapa dekad, Mirinda terus menjadi peneman sejati dalam setiap sambutan perayaan melalui cetusan penyegaran minumannya. Tahun ini kami cukup berbangga untuk bekerjasama dengan Astro Shaw dalam kempen ‘Riang Raya Bersama-sama Mirinda’ 2024 yang akan menampilkan filem “The Experts”, sebuah filem menarik yang akan mengetengahkan nilai kekeluargaan. Kerjasama ini menggariskan komitmen Mirinda untuk membina saat-saat indah bersama ahli keluarga, selaras dengan prinsip kami untuk merapatkan hubungan dan memupuk perpaduan.”




Filem ‘The Experts’ yang akan ditayangkan pada bulan Mei 2024 dibarisi pelakon hebat seperti Dato Aaron Aziz, Remy Ishak, Mimi Lana, Shafiq Kyle, Ray Dap Dap, Maya Karin, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan ramai lagi. Ia berkisarkan ikatan kekeluargaan lima adik-beradik yang merancang untuk satu rompakan terbesar. 

Saksikan bagaimana lima adik-beradik ini berganding bahu bersama Mirinda dan menunjukkan nilai kerja berpasukan, kekeluargaan, dan perayaan dalam “Mirinda Selamatkan Raya,” di mana mereka memulakan misi untuk selamatkan Raya mereka. Melalui filem pendek bertemakan Aidilfitri ini, Mirinda berhasrat untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghargai orang tersayang, dan memperbaiki sebarang kesilapan pada musim perayaan ini.



Tambah beliau, “Melalui filem menarik hasil kerjasama kami, dan juga pelbagai aktiviti menarik lain, kami berharap untuk menyebarkan keriangan dan kegembiraan kepada rakyat Malaysia supaya mereka hargai saat-saat indah bersama orang tersayang. Marilah kita sama-sama ucapkan ‘kosong-kosong’ dan raikan Ramadan dan Aidilfitri dengan positif seperti mana Mirinda berhasrat untuk merapatkan hubungan dan meraikan kebersamaan.”



Di samping sokongan mereka terhadap filem ini, Mirinda juga menjemput semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti promosi menarik di pasar raya , serta peraduan, dan acara istimewa lain sepanjang tempoh kempen ini. Ini merupakan peluang terbaik untuk ahli keluarga
berkumpul untuk nikmati detik-detik indah bersama-sama dan bina kenangan yang berkekalan.

Sebagai tirai pembukaan perayaan pada tahun ini, Mirinda menawarkan peluang kepada para pengguna untuk memenangi hadiah lumayan seperti sebuah Proton X50 daripada rakan kongsi kami Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), atau salah satu daripada lima buah Samsung 50” CU8500 Crystal UHD 4K HDR Smart TV (2023) bernilai RM2999 setiap satu! Balik kampung dengan bergaya dan selesa, atau
tontoni filem menarik bersama keluarga anda dalam kualiti high-def!.

Dengan setiap pembelian bernilai RM20 daripada Mirinda dan jenama lain yang mengambil bahagian* antara 9 Mac hingga 30 April 2024, anda berpeluang memenangi TV baharu atau kereta idaman anda. 


Anda cuma perlu imbas kod QR di sini untuk menghantar penyertaan anda, di samping gambar bukti pembelian anda atau hantar melalui Whatsapp melalui nombor yang tertera di Halaman peraduan Mirinda. Jangan lupa untuk simpan resit asal anda sebagai bukti pembelian dan kelayakan jika anda menang!

Bukan itu saja! Peserta bertuah yang terpilih juga akan mendapat peluang eksklusif untuk bertemu para pelakon “The Experts” sendiri untuk beramah mesra serta berpeluang untuk mengambil gambar bersama mereka.

Sesi kempen “Riang Raya Bersama-sama Mirinda” x “The Experts” Meet and Greet” akan berlangsung di lokasi-lokasi berikut:

● Sabtu, 23 Mac – Mydin USJ
● Ahad, 24 Mac – Giant Stadium Shah Alam
● Sabtu, 30 Mac – Econsave Bangi
● Ahad 31 Mac – Econsave Klang Utama

Jom meriahkan “Riang Raya Bersama-sama” di bulan Ramadan dan musim perayaan anda tahun ini, serta nikmati kegembiraan dan rasa segar bersama Miranda! 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari halaman Facebook Mirinda.

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...