"
Rancakkan Pengalaman Seharian Anda
Galaxy
AI memperkenalkan kecerdasan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti setiap aspek
kehidupan, terutamanya peranan telefon yang paling asas: komunikasi. Apabila
anda menghadapi kekangan Bahasa, samada semasa berbual dengan pelajar atau
rakan sekerja lain dari luar negara, meskipun membuat tempahan semasa bercuti
di negara lain, Galaxy S24 menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum in.
Semuanya beres dengan fitur Live Translate[2],
iaitu suatu fitur penterjemahan suara dan teks masa nyata dua hala,bagi
panggilan telefon dalam aplikasi terbina. Pengguna tidak memerlukan sama sekali
sebarang apl pihak ketiga dan AI terbina memastikan perbualan pengguna adalah
selamat dengan sepenuhnya.
Dengan fitur Interpreter, perbualan boleh
diterjemahkan dengan serta-merta menerusi transkripsi teks yang tertera pada
paparan skrin terpisah supaya orang yang berdepan boleh saling memahami. Ia
juga berfungsi tanpa data selular atau Wi-Fi.
Untuk mesej dan aplikasi lain, Chat Assist
boleh membantu menyempurnakan nada perbualan untuk memastikan komunikasi
kedengaran seperti yang diinginkan: seperti sapaan sopan kepada rakan sekerja
ataupun frasa pendek yang menarik untuk kapsyen media sosial[3].
Kecerdasan Buatan (AI) yang terbina ke dalam Papan Kekunci Samsung juga boleh
menterjemahkan mesej secara langsung ke dalam 13 bahasa[4].
Di dalam kereta, Android Auto[5]
akan merumuskan mesej yang diterima secara automatik dan mencadangkan balasan serta
tindakan yang bersesuaian, seperti memaklumkan jangkaan masa ketibaan anda,
supaya anda boleh terus berhubung sambil memberi tumpuan kepada jalan raya.
Aktiviti pengurusan juga kuat didayakan dengan
fitur Note Assist[6] dalam Samsung Notes, yang menampilkan
ringkasan yang dihasilkan oleh AI, penciptaan templat yang megolah nota
mengikut format tersedia, dan mengarang muka nota untuk memudahkan imbasan
maklumat. Untuk rakaman suara, walaupun terdapat beberapa penceramah, fitur Transcript
Assist[7] menggunakan kecerdasan buatan dan teknologi
Speech-to-Text untuk mentranskripsi, merumus, dan juga menterjemahkan rakaman.
Sememangnya, siri Galaxy S24 bukan hanya
melanjak aktiviti berkomunikasi ke era baharu. Carian dalam talian juga telah
mengubah hampir setiap aspek kehidupan dan Galaxy S24 dengan bangganya memperkenalkan
gaya carian yang intuitif lagi dipacu gerak isyarat dengan Google iaitu fitur Circle
to Search[8].
Galaxy telah bergabung dengan peneraju carian sedunia, Google, dan membuka
bentuk penemuan baharu dengan gerak isyarat yang mudah. Dengan menekan lama
pada butang utama, pengguna boleh membulat, memilih, mencoret atau mengetik
apa-apa pada skrin Galaxy S24 untuk melihat hasil carian berkualiti tinggi.
Melihat tanda tempat yang indah di latar belakang siaran media sosial rakan
atau fakta menyeronokkan yang mengejutkan di YouTube Shorts kini boleh mencetus
carian yang tepat untuk mengetahui lebih lanjut – tanpa perlu meninggalkan apl
itu. Dan bergantung kepada lokasi pengguna, untuk carian tertentu, rumusan
maklumat dikuasakan AI generatif boleh memberikan fakta dan konteks berguna
yang dikumpulkan dari seluruh web, dan pengguna juga boleh menujukan soalan
yang lebih kompleks dan bernuansa untuk menerima maklumat yang lebih terperinci
dan bersesuasian.
Nikmati Keindahan Dunia Dengan Kreativiti Terserlah
Fitur ProVisual
Engine[9]
dalam siri Galaxy S24 adalah lengkapan komprehensif alatan berkuasa AI yang meningkatkan
kebolehan menangkap imej dan memaksimumkan kebebasan kreatif, daripada
menyediakan syot sehinggalah kepada berkongsinya di media sosial. Hilang sudah
imej goyah dan berpiksel yang diambil dari jauh - sistem Quad Tele Galaxy
S24 Ultra, yang dikuasakan kanta zum optik 5x baharu dan fitur Adaptive
Pixel Sensor, berfungsi dengan sensor 50MP untuk mendayakan prestasi kualiti
optik pada tahap pembesaran 2x, 3x, 5x hingga 10x[10].
Imej juga jelas kelihatan sehingga ke pembesaran 100x berkat zum digital
yang dipertingkatkan.
Dengan
keupayaan Nightography yang dipertingkatkan, foto dan video yang dirakam
dengan Galaxy S24 Space Zoom kekal cerah dalam sebarang keadaan, termasuk juga
rakaman yang telah dizum. Nikmati pencahayaan tinggi walaupun dalam keadaan
malap dengan saiz piksel Galaxy S24 Ultra yang lebih besar, kini 1.4 μm, di
mana ia bersaiz 60% lebih besar[11]
berbanding dengan model sebelumnya. Ralat kabur juga dikurangkan pada Galaxy
S24 Ultra dengan penstabil imej optikal (OIS) yang lebih luas dan pembetulan
gegaran tangan yang dipertingkatkan. Semasa merakam video, kedua-dua kamera
hadapan dan belakang dilengkapi dengan Blok ISP Khusus yang mengurangkan
hingar, manakala Galaxy S24 menganalisis maklumat giro untuk membezakan antara
pergerakan penggambar dan subjek. Ini membolehkan penyingkiran hingar yang
lebih berkesan dan rakaman video suasana malap yang jelas, walaupun dari jarak jauh.
Selepas karya video pengguna siap
dirakam, alatan suntingan Galaxy AI yang inovatif membolehkan pengeditan
mudah; seperti pemadam, karang semula dan menginduk semula. Untuk pengoptimuman
yang lebih mudah dan lebih cekap, fitur Edit Suggestion[12] menggunakan
Galaxy AI untuk mencadangkan suntingan yang paling sesuai untuk setiap foto.
Untuk memberikannya kawalan kreativit sepenuhnya kepada pengguna, fitur Generative
Edit[13]
boleh mengisi bahagian latar belakang imej dengan AI generatif. Bagi gambar
yang tercondong, AI akan mengisi semula sempadan untuk mendatarkan imej
tersebut. Apabila objek perlu digerakkan sedikit untuk berada dalam kedudukan
yang diingini, AI membenarkan pengguna melaraskan kedudukan subjek tersebut dan
kemudiannya mengisi semula latar belakang. Pada bila-bila masa Galaxy S24
menggunakan AI generatif untuk menguatkan imej, tera air akan muncul pada imej
dan juga dalam metadata. Dan jika rakaman video yang rancak perlu
diperlahankan, fitur Instant Slow-mo baharu akan menjana bingkai
tambahan berdasarkan pergerakan untuk memperlahankan detik penuh aksi untuk
penampilan yang lebih terperinci.
Bagi menghasilkan
imej yang cemerlang tanpa mengira suasana mahupun keadaan, Super HDR mebolehkan
pengguna meneliti hasil karyanya sebelum pengatup ditekan menerusi fitur pratonton..
Selain itu, siri Galaxy S juga memahami betapa pentingnya amalan berkongsi
kenangan bagi pengguna dengan rakan-taulan di alam maya. Untuk ini, apl media sosial
pihak ketiga memanfaatkan dengan sepenuhnya sistem kamera berkuasa AI Galaxy,
menerusi ciri kamera siri Galaxy S premium yang kini telah menyepadukan apl pilihan
dengan fitur HDR untuk memudahkan perkongsian sosial[14].
Apabila tiba masanya untuk mencari imej dalam Galeri peranti ataupun Instagram
Feed dan Reels, foto dan video turut dipaparkan dalam Super HDR dengan ciri kecerahan,
warna dan kontras yang diperbetulkan mengikut analisis bahagian imej yang terpilih.
Pengalaman
Galaxy kian Pintar, Dikuasakan Dengan Prestasi Premium
Di saat
teknologi AI semakin diterapkan dalam kehidupan seharian, kecekapan prestasi peranti
seharusnya berupaya memenuhi segala keperluan pengguna. Baik untuk aktiviti permainan
mahupun rakaman dan penyuntingan video, ataupun menggunakan lima apl secara
serentak untuk merancang percutian, Galaxy S24 menawar pengalaman yang luar
biasa berkat penambahbaikan dalam cipset[15],
paparan dan banyak lagi. Setiap Galaxy S24 Ultra dilengkapi dengan pemproses Snapdragon®
8 Gen 3 Mobile Platform for Galaxy[16].
Dioptimumkan terutamanya untuk pengguna Galaxy, chipset ini memberikan
peningkatan NPU yang luar biasa untuk pemprosesan AI yang paling cekap. Bagi ketiga-tiga
model Galaxy S24, kecekapan prestasi peranti dipertingkatkan dengan kadar penyegaran
semula 1-120 Hz.
Aktiviti permainan dengan peranti
Galaxy kini lebih berkuasa berkat penambahbaikan perkakasan dan perisian.
Galaxy S24 Ultra mempunyai sistem kawalan suhu yang dioptimumkan dengan ruang
wap[17]
bersaiz 1.9 kali lebih besar untuk mengawal suhu permukaan peranti sambil
memaksimumkan kuasa prestasi. Teknik render ray tracing membolehkan visual persis
nyata dengan kesan bayang-bayang dan pantulan cahaya yang unggul. Lebih-lebih
lagi, Galaxy S24 bakal menawar pelbagai permainan mudah alih global popular
yang lebih dioptimumkan melalui kerjasama dengan rakan kongsi permainan
peneraju industry.
Impak visual ketara lebih menawan pada
paparan Galaxy yang paling cerah setakat ini[18].
Galaxy S24 mencapai kecerahan puncak 2,600nit dan memberikan keterlihatan di luar
yang lebih baik dengan Vision Booster.
Corning® Gorilla® Armor[19]
pada paparan Galaxy S24 Ultra dipertingkatkan secara optikal lagi menampakkan
ketahanan tertinggi terhadap kerosakan dan calar-balar seharian. Ia juga
berupaya mengurangkan kesan pantulan sehingga 75% dalam pelbagai keadaan
pencahayaan untuk menjamin pengalaman menonton yang jelas lagi selesa.
Merangkumi seluruh siri Galaxy S24,
penambahbaikan reka bentuk dengan bezel yang lebih tipis dan sekata memudahkan segala
pengalaman tontonan dan membolehkan binaan saiz skrin yang lebih besar pada
paparan 6.7-inci Galaxy S24+ dan 6.2-inci Galaxy S24 dalam spesifikasi saiz
yang hampir sama[20].
Galaxy S24 Ultra pula mempunyai paparan 6.8 inci yang lebih rata, dioptimumkan
bukan sahaja untuk tontonan tetapi juga untuk produktiviti. Selain itu, Galaxy
S24+ kini menyokong kandungan QHD+ seperti yang terdapat pada Galaxy S24 Ultra.
Keselamatan dan
Privasi Termaju Memperkasakan Pilihan dan Kepercayaan Pengguna
Dengan jaminan Samsung Knox; iaitu platform keselamatan gred
pertahanan Galaxy berbilang lapisan, Galaxy S24 berupaya melindungi maklumat
kritikal dengan perkakasan keselamatan menyeluruh yang juga diperkasakan
pengesan ancaman masa nyata dan perlindungan kolaboratif.
Komitmen sekian lama Samsung untuk
menyediakan pelbagai pilihan dan kawalan ke atas peranti pengguna masih berterusan
dalam era AI. Pengguna Galaxy S24 mempunyai kebolehkawalan sepenuhnya terhadap
sejauh mana mereka membenarkan data peribadi dipergunakan untuk meningkatkan
pengalaman AI, melalui tetapan Advanced Intelligence yang boleh menghentikan
pemprosesan data dalam talian untuk fitur AI[21].
Visi Knox Matrix[22]
membayangkan masa depan yang selamat lagi bersambung tanpa kata laluan juga
dimajukan dengan fitur Passkeys. Passkeys menjamin keselamatan
akses kepada laman web dan apl berdaftar pengguna dan melindungi daripada
serangan pancingan data, merentas peranti peribadi mereka menggunakan pengesahan
kelayakan digital. Fitur Enhanced Data Protection menawarkan enkripsi
menyeluruh apabila pengguna membuat sandaran, menyegerakkan atau memulihkan
data mereka dengan Samsung Cloud - ini membolehkan pengguna Galaxy S24 bersambung
dengan peranti lain sambil kekal disegerakkan secara selamat. Ini memastikan
data hanya boleh dienkripsi atau sebaliknya pada peranti pengguna – ini bermakna
tiada siapa yang boleh melihatnya melainkan pengguna, walaupun pelayan terjejas
ataupun butiran akaun dicuri. Dan jika akses kepada peranti yang dipercayai
hilang, kod pemulihan boleh membantu mengelakkan kehilangan data. Galaxy S24
juga dilindungi dengan pelbagai ciri keselamatan dan privasi inovatif Samsung
termasuk Knox Vault,
Security & Privacy Dashboard, Auto Blocker, Secure Wi-Fi, Private Share,
Maintenance Mode dan banyak lagi.
Samsung
Mengorak Langkah Fasa Seterusnya dalam Perjalanan Kelestarian
Pembinaan
kategori baharu pengalaman mudah alih bermaksud cara teknologi Galaxy direka
dan dibungkus perlu dibayangkan semula; untuk meningkatkan nilai tawaran di
samping mengurangkan impak terhadap manusia dan planet ini. Galaxy S24 terus
mempertingkatkan penggunaan pelbagai bahan kitar semula dalam peranti Galaxy seperti
plastik, kaca dan aluminium kitar semula pada komponen dalaman dan luaran[23].
Buat pertama kalinya, Galaxy S24 menampilkan komponen yang dihasilkan dengan unsur
kobalt dan galian nadir bumi kitar semula[24].
Dalam Galaxy S24 Ultra, sekurang-kurangnya 50% kobalt kitar semula digunakan
dalam bateri[25],
dan 100% galian nadir bumi kitar semula telah dimasukkan ke dalam pembesar
suara[26].
Galaxy S24 juga merupakan siri Galaxy
S pertama yang direka dengan keluli dan Poliuretana Termoplastik (TPU) kitar
semula. Galaxy S24 Ultra menampilkan sekurang-kurangnya 40% keluli kitar
semula dalam binaan pembesar suara[27],
disamping sekurang-kurangnya 10% TPU pre-pengguna kitar semula dalam kekunci
sisi dan pengawal kelantangan. Selain itu, setiap Galaxy S24 disertakan dalam
kotak pembungkusan yang diperbuat 100% daripada kertas kitar semula.
Peranti perdana terbaharu turut
melanjutkan komitmen Samsung untuk memanjangkan kitaran hayat produk[28],
dengan peningkatan OS sehingga ke tujuh generasi bersertakan kemas
kini keselamatan selama tujuh tahun. Selain itu, Galaxy S24 juga diiktiraf
dengan pensijilan[29] UL
ECOLOGO®, manakala jejak karbonnya telah diukur dan disahkan oleh pihak The
Carbon Trust[30].
Galaxy S24 menampakkan kemajuan yang
telah dikecapi mengikut pelan hala tuju kelestarian Samsung MX. Dengan itu, Samsung
komited mencapai matlamat yang disasarkan menjelang akhir tahun 2025[31]. Pada penghujung tahun 2022, Samsung telah mencapai matlamat
pertama dengan menggabungkan bahan kitar semula ke dalam semua produk mudah
alih; daripada telefon pintar dan tablet Galaxy kepada PC dan peranti mudah
pakai. Terkini, syarikat telah menetapkan matlamat bahan kitar semula yang
baharu - menjelang 2030, Samsung akan menggabungkan sekurang-kurangnya satu
bahan kitar semula dalam setiap modul[32]
bagi kesemua produk mudah alih.
Teknologi
Berketepatan dan Keanggunan Dengan Setiap Perincian
Galaxy S24 Ultra adalah telefon Galaxy pertama yang
menampilkan bingkai titanium[33],
untuk meningkatkan ketahanan peranti dan melanjutkan jangka hayat penggunaan. Lebih-lebih
lagi, penampilan Galaxy S24 Ultra yang ketara lebih nipis turut dipadankan
dengan cengkaman yang lebih selesa untuk membolehkan pengalaman mudah-alih yang
lebih baik. Pada Galaxy S24+ dan Galaxy S24, standard estetik peranti
dipertingkatkan dengan reka bentuk ‘One-mass’ yang menyepadukan penutup
belakang peranti dan bingkai sisi menjadi suatu juzuk yang menyeluruh. Siri
Galaxy S24 hadir dalam ton warna yang diilhamkan oleh unsur-mineral semula jadi.
Pada Galaxy S24 Ultra, pilihan warna[34]
termasuk: Titanium Grey, Titanium Black, Titanium Violet dan Titanium Yellow.
Pada Galaxy S24+ dan Galaxy S24 pilihan warna termasuk: Onyx Black, Marble
Grey, Cobalt Violet dan Amber Yellow. Ketiga-tiga model tersebut turut akan hadir
dengan pilihan warna tambahan yang hanya tersedia dalam talian sahaja.
Produk |
Model |
RRP |
Pilihan Warna |
|
Galaxy S24 Ultra |
Galaxy S24 Ultra (1TB) |
RM7,799 |
· Titanium Gray · Titanium Yellow · Titanium Violet · Titanium Black · Online Exclusive (Titanium Blue, Titanium Orange,
Titanium Green) |
|
Galaxy S24 Ultra (512GB) |
RM6,799 |
|||
Galaxy S24 Ultra (256GB) |
RM6,299 |
|||
Galaxy S24+ |
Galaxy S24+ (512GB) |
RM5,399 |
· Cobalt Violet · Amber Yellow · Marble Gray · Onyx Black · Online Exclusive (Sandstone Orange, Sapphire
Blue, Jade Green) |
|
Galaxy S24+ (256GB) |
RM4,899 |
|||
Galaxy S24 |
Galaxy S24 (512GB) |
RM4,599 |
· Amber Yellow · Cobalt Violet · Marble Gray · Onyx Black · Online Exclusive (Sandstone
Orange, Sapphire Blue, Jade Green) |
|
Galaxy S24 (256GB) |
RM4,099 |
* Warna eksklusif dalam talian hanya tersedia di www.samsung.com/my/
* Model 1TB hanya eksklusif di www.samsung.com/my/
Untuk maklumat lanjut tentang siri Galaxy S24, sila lawati: Samsung Newsroom, Samsungmobilepress.com atau Samsung.com.
Tempah sekarang:
·
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s24/buy/
·
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s24-ultra/buy/
###
No comments
I want you to know how much I value your support.