Terbaru/News

Spritzer Menerima Dua Anugerah di Anugerah Jenama Putra 2023

Spritzer Menerima Dua Anugerah di Anugerah Jenama Putra 2023


SPRITZER dengan bangganya mengumumkan telah menerima dua anugerah di Anugerah Jenama Putra 2023 yang telah diadakan baru-baru ini.

Dua anugerah tersebut adalah Anugerah Emas dalam Kategori Minuman-Bukan Alkohol untuk Spritzer, dan Anugerah Personaliti Jenama Putra dalam Kategori Khas untuk Pengasas dan Pengarah Urusan, Dato Lim Kok Boon. Ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen berterusan Spritzer terhadap kecemerlangan, kualiti, dan kelestarian

Dato’ Lim Kok Boon, Pengasas & Pengarah Urusan Spritzer berkata, “Kami bersyukur kepada semua pasukan kami yang luar biasa, yang dedikasi dan kepakarannya telah membawa kemenangan untuk kami pada hari ini. Dengan sokongan selanjutnya daripada mereka, kami yakin akan teruskan mencapai kecemerlangan.”

Dr. Chuah Chaw Teo, Pengarah Spritzer, menyatakan kegembiraan dan penghargaan kami terhadap pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan oleh orang ramai di Malaysia terhadap jenama Spritzer.


Pengiktirafan ini merupakan pencapaian penting kerana menunjukkan kepercayaan berterusan, keyakinan, dan keutamaan pengguna terhadap Spritzer. Ia juga mengukuhkan kedudukan Spritzer sebagai pilihan minuman nombor satu di Malaysia. Kami berterima kasih kepada semua pihak, terutama kepada pelanggan setia kami, kerana memilih Spritzer

Anugerah Jenama Putra adalah anugerah jenama utama di Malaysia. Ia dianjurkan oleh Persatuan Agensi Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) dengan kerjasama Majlis Jenama Malaysia yang Paling Bernilai (MMVB).

Anugerah ini adalah satu-satunya yang disahkan oleh MATRADE dan disokong oleh Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA), Persatuan Pakar Media (MSA), dan Persatuan Digital Malaysia (MDA). Ia mengiktiraf pembinaan jenama sebagai pelaburan perniagaan yang penting, diukur oleh pengguna.

Anugerah Jenama Putra 2023 telah mengumumkan 149 pemenang dalam 24 kategori, mempamerkan jenama kegemaran rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang. Lebih daripada 11,000 maklum balas pengguna telah diterima dari seluruh Malaysia dalam tempoh tinjauan selama 8 minggu.

Hasilnya telah diperakui oleh Ipsos, salah satu agensi penyelidikan global terbesar dengan lebih 16,000 kakitangan di 88 negara, dan disahkan oleh Lembaga Pengelola Anugerah. Untuk pemahaman lanjut tentang komitmen Spritzer terhadap kemampanan, sila layari laman web mereka: https://www.spritzer.com.my.


No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...