Ulasan Penuh Samsung Galaxy A55 5G
Ulasan Penuh Samsung Galaxy A55 5G
Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar peranti Samsung Galaxy A55 5G yang lebih inovasi dan keselamatan yang dicipta untuk pengguna tahun 2024. Kami kongsikan gambar-gambar menarik sepanjang penggunaan Samsung Galaxy A55 5G untuk tatapan semua.
Samsung Electronics Co. Ltd. memperkenalkan ciri keselamatan yang dipertingkatkan peranti siri Samsung Galaxy A55 5G and Galaxy A35 5G terbaru didatangkan dengan ciri keselamatan yang meluas seperti Knox Vault, serta keupayaan fotografi yang lebih mantap dari sebelumnya.
Diinspirasikan oleh inovasi kamera utama Galaxy dan paparan Super AMOLED dengan Vision Booster menambahkan nilai yang terbaik buat pengguna. Samsung Galaxy A55 5G menampilkan paparan Super AMOLED Display 6.6-inci FHD+, kadar penyegaran boleh ubah 120Hz bagi melayari web, menonton video dan permainan lebih pantas dan lancar.
Tambahan vision boster bagi skrin mudah dilihat walaupun dalam sinar cahaya matahari terus. Bateri bersaiz 5000mAh bersama sekuriti Samsung Knox dan 12GB RAM dan storan dalaman 256 GB.
Paparan skrin pada 16:9 dan skrin penuh.
Kekemasan logam aluminium untuk bingkai sisi dan naik taraf dari bahan plastik bagi siri A54 yang nampak lebih ringkas dan padu. Gorilla Glass Victus+ untuk kaca belakang dan IP67 melindungi daripada habuk dan air.
Hadir dengan kamera swafoto 32 MP f2.2. Dibahagian hadapan, anda boleh menemui kamera utama 50 MP f/1.8 Wide dan 12 MP, f/2.2 Ultrawide (ultra-lebar) bersama 5 MP f2.4 makro kamera.
Galaxy A55 5G mengambil gambar yang lebih jelas dan lebih padu walaupun dalam keadaan pencahayaan yang kurang baik. Pemprosesan Isyarat Imej AI (ISP) terbaru Galaxy A55 5G menghasilkan imej cahaya malap bertambah baik berbanding siri A54 sebelum ini.
Memperbaiki warna dan kualiti imej anda Mod Potret Malam dan video HDR 12-bit memastikan imej kelihatan hebat dalam setiap rakaman dengan penstabilan video yang lebih lancar untuk berjalan, atau berlari dan sebarang pergerakan dengan 4K Adaptive VDIS.
Samsung membawakan salah satu ciri keselamatan utama yang paling inovatif, Samsung Knox Vault, kepada pengguna siri Galaxy A buat pertama kali termasuk pada Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G.
Penyelesaian keselamatan berasaskan perkakasan dan perisian dari gangguan, Samsung Knox Vault menawarkan perlindungan menyeluruh dengan membina persekitaran pelaksanaan selamat yang diasingkan secara fizikal daripada pemproses dan memori utama sistem. Ia boleh membantu melindungi data paling pada peranti, termasuk bukti keselamatan skrin kunci, seperti kod PIN, kata laluan dan corak walaupun peranti itu hilang atau dicuri.
Galaxy A menawarkan Auto Blocker, pakej ikut serta langkah keselamatan tambahan. Apabila dihidupkan, Auto Blocker boleh menyekat pemasangan aplikasi daripada sumber yang tidak dibenarkan, menyediakan semakan keselamatan aplikasi untuk mengimbas kemungkinan perisian yang berpotensi berniat jahat pada peranti anda semasa disambungkan melalui kabel USB.
Perlindungan automatik yang mudah, sentiasa aktif, daripada serangan perisian, terutamanya pada zaman hari ini kerap menggunakan perbankan dalam talian dan terdapat banyak penipu dan scammer.
Pengguna siri Galaxy A baharu juga akan mempunyai akses kepada Papan Pemuka Keselamatan dan Privasi Galaxy, menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini untuk melihat dan mengawal perkara yang berlaku pada data mereka dan menarik balik sebarang kebenaran apabila mereka memilih.
Untuk memastikan kerahsiaan, pengguna boleh mengawal kebenaran akses penerima dan tarikh tamat tempoh fail, sambil turut memilih untuk mengehadkan tangkapan skrin atau muat turun. Antara komitmen Samsung untuk memastikan peranti Galaxy kekal selamat dan dikemas kini bagi pengguna akan terus mendapat manfaat.
SPESIFIKASI PERANTI Samsung Galaxy A55 5G
Model: Samsung Galaxy A55 5G
Paparan: 6.6-inci 1080 x 2340 FHD+ super AMOLED 120Hz,
RAM: 12GB
Memori Dalaman : 256GB
Kamera Utama: kamera utama 50 MP f/1.8 Wide dan 12 MP, f/2.2 Ultrawide (ultra-lebar) bersama 5 MP f2.4 makro kamera
Kamera Depan: 32 MP f2.2
Bateri: 5000mah
SIM/Telefon: Dual sim
USB: USB Type-C
NFC: Yes
Sistem Imbasan: Accelerometer, Fingerprint Sensor, Gyro Sensor, Geomagnetic Sensor, Hall Sensor, Light Sensor, Virtual Proximity Sensing
Warna Pilihan:
Awesome IceBlue, Awesome Lilac, Awesome NavyHarga Jualan: Galaxy A55 5G (256GB) RM1,999
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a55-5g-awesome-iceblue-256gb-sm-a556elbdxme/
No comments
I want you to know how much I value your support.