Terbaru/News

WATSONS MALAYSIA KEMBALI DENGAN ANJURAN TERBESAR K-BEAUTY FESTA 2024

WATSONS MALAYSIA KEMBALI DENGAN ANJURAN TERBESAR K-BEAUTY FESTA 2024

Beli dan Menangi Percutian ke Seoul serta Kenali Dengan Lebih Dekat Jenama Kecantikan dan Kesihatan Korea

Watsons Malaysia kembali menganjurkan K-Beauty Festa yang cukup ditunggu-tunggu dengan tema rasmi, Watsons K-Beauty Festa: Be Seoul Beautiful 2024. Festival selama 4 hari ini akan berlangsung daripada 9 hingga 12 Mei bertempat di Jiospace, Petaling Jaya menawarkan lebih daripada 30 jenama terkemuka dari Korea dalam kategori kecantikan, kesihatan dan penjagaan diri.

“Tahun 2024 meyakinkan kami bahawa K-Beauty adalah lebih daripada sekadar trend; kategori ini terus memacu industri kecantikan dengan inovasi, kelestarian, dan penawaran pelbagai produk yang menjadi penanda aras industri. Tahun ini adalah tahun kedua penganjuran festival ini dengan lebih banyak pilihan ekslusif produk kecantikan dan kesihatan Korea buat pelanggan kami. Kami akan terus mencipta pengalaman membeli-belah yang unik buat ahli dan pelanggan, untuk mengekalkan status kami sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan O+O No.1 Malaysia,” ujar Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Serantau Watsons International.

Para pengunjung Watsons K-Beauty Festa 2024 boleh memahami dengan lebih mendalam jenama Korea kegemaran mereka sambil menyertai aktiviti di kawasan pameran dengan tawaran sampel percuma dan saguhati. Pengunjung turut akan menerima baucar e-duit RM 20 ketika mendaftar dengan mempamerkan kod QR. Pelbagai tawaran menarik turut menanti seperti ramah mesra bersama pempengaruh kecantikan, aktiviti gerai yang menyeronokkan, serta sudut Korea dengan zon K-Pop, mencuba pakaian tradisi hanbok, penggayaan rambut oleh JennyHouse, dan bengkel sepanjang festival berlangsung.

Tambah Caryn, “Kami galakkan agar pengunjung festival untuk berinteraksi dan menyertai aktiviti menarik disediakan di pameran K-Festa, dan mengenali dengan lebih lanjut jenama-jenama ekslusif hanya di Watsons Malaysia.” 


Bersempena dengan Watsons K-Beauty Festa 2024, jualan OMO akan berlangsung sehingga 13 Mei dengan pelbagai potongan harga daripada lebih 50 jenama. Ahli Watsons Club juga berpeluang memenangi percutian 5 hari 4 malam ke Seoul, Korea anjuran bersama dengan Organisasi Pelancongan Korea. Sehingga 13 Mei ini, ahli hanya perlu berbelanja RM120 dan keatas di kedai atau atas talian untuk layak.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Watsons K-Beauty Festa 2024, sila layari https://www.watsons.com.my/promo-k-beauty


No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...