HomeWorld Champion Of Performing Arts Team Malaysia 27th World Championships Of Performing Arts.
HomeWorld Champion Of Performing Arts Team Malaysia 27th World Championships Of Performing Arts.
Malaysia sekali lagi akan menghantar pasukan karyawan kita ke kejohanan World Championships of Performing Arts di Hollywood, California, Amerika Syarikat. Tahun ini seramai 15 peserta akan mewakili negara dalam kategori Vokal, Tarian, Muzik dan Peragaan.
Kejohanan World Championships ini merupakan ‘Olimpik’ bagi dunia seni persembahan yang dianjurkan setiap tahun di Hollywood. Sebanyak 70 negara dijangka akan menyertai kejohanan yang ke-27 ini yang akan berlangsung dari 28hb Jun hingga 6hb Julai di Long Beach Performing Arts Center.
Penyertaan Pasukan Malaysia dalam kejohanan dunia ini merupakan satusatunya peluang bagi karyawan tanahair kecil dan dewasa untuk menonjolkan bakat mereka kepada para penggiat seni Hollywood dan menyerlah di arena hiburan antarabangsa. Saperti biasa, Pasukan Malaysia terdiri dari berbilang kaum dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Lima peserta datang dari Semenanjung, 5 dari Sarawak dan 5 peserta dari Sabah. Seramai 6 peserta terdiri dari bahagian kanak-kanak (5 hingga 15 tahun) dan 9 peserta dewasa (16 tahun keatas) dengan yang paling muda berumur hanya 8 tahun, manakala yang paling dewasa berumur 50 tahun.
Pasukan Malaysia ke World Championships ini merupakan satu-satunya pasukan seni persembahan yang diwakili oleh berbilang kaum dari Malaysia dan dari berbagai peringkat umur setiap tahun ke arena antarabangsa.
Keseluruhannya, Pasukan Malaysia akan menyertai sebanyak 63 pertandingan dalam bahagian Solo dan juga Berkumpulan. Setiap peserta menyertai sekurang-kurangnya 4 pertandingan dan yang paling banyak ialah 8 pertandingan.
Seramai 8 peserta bertanding dalam kategori Vokal, 6 dalam kategori Tarian, 5 dalam Peragaan dan seorang dalam kategori instrumental dengan bermain Sape. Seramai 5 peserta menyertai 2 kategori.
Kejohanan ini merupakan peluang terbaik bagi mempromosikan dan menonjolkan seni dan kebudayaan Malaysia kepada Hollywood dan dunia amnya. Umpamanya, peserta muda Dion Das akan mempertandingkan tarian Ngajat, manakala peserta Emeraazwa akan membawa tarian Egal-egal. Norziah akan mendendangkan lagu Ayam den Lapeh dengan pakaian tradisional Minangkabau.
Peserta dari Sibu, Stanford Ryan, akan menonjolkan kehebatannya bermain Sape. Setiap peserta akan mempersembahkan sekurang-kurangnya satu persembahan tradisional atau Malaysia untuk dipromosikan kepada dunia. Anak-anak muda ini merupakan satu inspirasi dan tauladan terbaik yang mempromosikan seni dan budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Selain bertanding, Pasukan Malaysia juga berpeluang untuk menyertai woksyop yang dikelolakan oleh para pengiat seni terkemuka dari Hollywood, Nashville dan New York. Selama satu hari suntuk mereka akan menyertai woksyop dalam kategori masing-masing dan bukan sahaja mempelajari teknik atau kemajuan terbaru tetapi juga menyelam perkembangan terkini dalam industri hiburan antarabangsa dan bagaimana untuk menapak dalam arena seni persembahan antarabangsa.
Peserta juga berpeluang untuk mendapat biasiswa dari pusat pengajian tinggi seni persembahan di Hollywood dan New York yang bernilai lebih RM2 juta dan peluang meneruskan kerjaya mereka di Hollywood bersama penerbit dan syarikat-syarikat/agen-agen seni persembahan terkemuka di Hollywood.
Justeru itu, penyertaan Pasukan Malaysia dalam kejohanan World Championships of Performing Arts ini bukan sahaja untuk menonjolkan bakat dan menyerlah di pesada dunia seni persembahan tetapi juga bagi mempertingkatkan dan memperkembangkan kerjaya mereka dalam industri ini.
Kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara serta Kementerian Pendidikan Malaysia diatas sokongan mereka kepada program ini dan Pasukan Malaysia.
Berbanyak terima kasih juga kepada Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur yang bersedia menyediakan kemudahan bagi latihan Pasukan Malaysia dan majlis hari ini. Tidak ketinggalan para pertubuhan, syarikat dan individu yang telah menyumbang kepada Pasukan Malaysia secara peribadi dan juga para media yang terus menyokong dan bekerjasama dalam program ini
No comments
I want you to know how much I value your support.