Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Seni MR D.I.Y 2024
‘Bendera Malaysia’ yang disulam secara
kreatif dan lukisan 3D tentang keinginan untuk mempelajari seni muncul sebagai
pemenang -pemenang Hadiah Utama Pertandingan Seni MR D.I.Y. 2024.
Kini di tahun ketiga, pertandingan tahunan ini dianjurkan oleh peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y].
Edisi tahun 2024, menarik lebih 1,000
penyertaan dari seluruh negara termasuk 322 penyertaan yang memberangsangkan
dari sekolah rendah dan menengah.
Pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di superstore MR D.I.Y. PLUS di IPC Shopping Centre di Selangor hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong berkata, “Di MR D.I.Y, kami percaya pada kuasa kreativiti dan inovasi. Pertandingan seni ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai semangat kreativiti dan dedikasi yang turut sama memacu kejayaan kami.
"Tema tahun ini, "Realiti
Abstraksi" menjemput para artis untuk meneroka dan menggambarkan hubungan
antara abstrak dan realiti, mewujudkan rasa abstrak sambil mengekalkan hubungan
dengan dunia sebenar. Tema ini adalah untuk mencabar persepsi, menggalakkan
orang ramai melihat di luar permukaan dan mempertimbangkan tafsiran yang lebih
mendalam serta kompleks,” katanya.
Beliau menambah bahawa beberapa karya
yang menang mengintegrasikan elemen budaya Melayu, Cina, India, Iban, dan
Kadazan dengan cantik, menunjukkan bahawa dalam dunia seni dan kreatif,
perbezaan budaya merentasi sempadan.
“Melalui usaha seperti ini kami boleh
memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk melihat di luar jangkauan dan
menghargai hubungan dengan masyarakat dan antara satu sama lain,” tambahnya.
Buat julung kalinya, pertandingan itu
menampilkan dua kategori berasingan - awam dan institusi pendidikan - untuk
menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada rakyat Malaysia dan memberi lebih
banyak peluang untuk mereka mempamerkan bakat dan kebolehan unik mereka.
22 artis muda Malaysia telah
dianugerahkan hadiah wang tunai lebih RM100,000 pada majlis penyampaian hadiah
itu.
Mohd Farizal Puadi, 43, pensyarah Jabatan
Multimedia Kreatif, Fakulti Sastera, Kelestarian & Industri Kreatif,
Universiti Pendidikan Sultan Idris [UPSI], dari Sungkai, Perak, dan Iklil Ali
Ahmad Shukri, 19, pelajar Universiti Teknologi Mara telah dianugerahkan Hadiah
Utama dalam kategori awam dan institusi pendidikan. Farizal membawa pulang
RM15,000 manakala Iklil, RM4,000.
Karya Farizal, bertajuk ‘Malaysia
Madani’, diilhamkan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 Malaysia (PRU15), dan
merakamkan detik penting dalam sejarah negara. Beliau menyifatkan ia
mencerminkan watak Malaysia yang pelbagai dan unik melalui penggunaan simbolik
bendera negara. Beliau menggunakan teknik jahitan yang mengammbarkan perabot
upholsteri sebagai metafora untuk keselesaan yang diperoleh daripada kepelbagaian
masyarakat Malaysia, serta menunjukkan bentuk yang rumit itu menandakan
bagaimana benang budaya dan warisan yang berbeza dijalin bersama untuk
mewujudkan sebuah negara yang bersatu dan harmoni.
Karya Iklil, ‘Surat untuk Dunia: Bertemu
Cinta di Garis Horizontal’, menggambarkan perjalanannya untuk menjadi seorang
artis. Sebagai seorang pelajar dan dipengaruhi oleh elemen artistik ibu
bapanya, dia bercita-cita untuk belajar Seni Halus. Karya seninya menggambarkan
pengajaran yang diambil daripada ibu bapa, guru, rakan dan kehidupannya. Dia
menyampaikan bahawa kesucian cinta dapat memerangi kebencian dan mengubah dunia
menjadi tempat yang harmoni dan aman.
Merujuk kepada hasil seni yang dipamerkan
tahun ini, Ong berkata, “Kreativiti adalah asas kemajuan dan dengan memupuk
ekspresi artistik, kita boleh menyumbang kepada masyarakat yang lebih bertenaga
dan dinamik. Pertandingan ini hanyalah salah satu daripada banyak cara yang
kami harap dapat menggalak dan memperkasakan artis untuk berkongsi visi dan
suara mereka dengan dunia.”
Panel hakim bagi pertandingan tahun ini
terdiri daripada Encik Fauzan Omar, Encik Safrizal Sharir, Cik Leong Mei Yin,
Encik Bingley Sim, dan Ong.
MR D.I.Y menjemput orang ramai untuk
melihat hasil karya seni para pemenang di MR D.I.Y. PLUS IPC Shopping Centre,
dari 22-30 Jun 2024 dan Pusat Seni Segaris, Publika dari 1-7 Julai 2024.
Dilancarkan pada 2022, Pertandingan Seni
MR D.I.Y. bertujuan untuk memupuk penghargaan terhadap seni Malaysia dalam
kalangan khalayak ramai dan mempromosikan ekosistem kreatif yang kaya dan
pelbagai di negara ini. Pertandingan ini menyediakan platform yang mampan bagi
bakat seni di seluruh negara untuk dipupuk dan diperkembangkan, serta sebagai
salah satu usaha peruncit untuk menambah nilai kepada negara dan kehidupan
rakyat Malaysia.
Untuk senarai penuh pemenang hadiah dan
maklumat lanjut mengenai Pertandingan Seni tahunan MR D.I.Y, lawati laman web,
mrdiy.com, dan halaman media sosial, Facebook, Instagram, dan TikTok.
No comments
I want you to know how much I value your support.