Terbaru/News

Pelancaran Pembukaan DJI | Hasselblad Experience yang pertama di Suria KLCC

Pelancaran Pembukaan DJI | Hasselblad Experience yang pertama di Suria KLCC


DJI, pemimpin global dalam teknologi dron dan kamera, dan Hasselblad, pengeluar kamera Sweden yang terkenal dengan kamera format sederhana berkualiti tinggi dan reka bentuk ikoniknya, dengan bangga mengumumkan pembukaan rasmi kedai DJI | Hasselblad Experience yang pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai barisan produk yang lengkap sambil menikmati galeri karya terulung Hasselblad.



Terletak di destinasi beli-belah ikonik Malaysia di bawah Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC, kedai DJI | Hasselblad Experience kini dibuka untuk pengunjung dan peminat di Lot 117, Tingkat 1. Menampilkan paparan produk premium yang diatur dengan teliti, kedai ini merupakan kolaborasi modeniti dan perpaduan Kuala Lumpur dalam teknologi dan seni. Setiap pengunjung boleh merasai pengalaman ke alam fotografi teknologi tinggi dan meneroka produk fotografi yang berkualiti tinggi secara langsung.



Majlis pembukaan ini diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu terkemuka, termasuk Mr. Mohd Libra Lee, Timbalan Pengarah Senior Malaysia Tourism; Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif DJI Malaysia; Eason Guo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif DJI Malaysia; Priscilla Hiew, Pengurus Senior bahagian Peruncitan SURIA KLCC dan Charles, Pengurus Tadbir DJI bagi negara Malaysia. Kehadiran mereka membuktikan kepentingan bagi menuju ke arah masa depan yang lebih unggul buat negara Malaysia.

Kedai ini menampilkan kamera terkini Hasselblad, termasuk 907X 100C, kamera digital tanpa cermin format sederhana (Mirrorless Medium Format) yang menggabungkan reka bentuk vintage dengan prestasi moden; X2D 100C, yang terkenal dengan kualiti imej yang luar biasa dan julat dinamiknya; serta edisi terhad 907X 50C 80th Anniversary Edition, yang meraikan warisan unik untuk Hasselblad. Selain itu, kedai ini mempamerkan inovasi terkini DJI, termasuk DJI Osmo Pocket 3, kamera gimbal genggam kompak berkuasa tinggi; dan DJI Avata 2, dron canggih yang direka untuk pengalaman udara yang langsung.



Majlis pembukaan yang menjadi sambutan ini didatangkan dengan diskaun sebanyak 5% untuk sesetengah produk, pertunjukan tarian singa, dan demonstrasi dron secara langsung. Majlis ini juga dilengkapi dengan workshop yang diterajui oleh pakar dalam industri dron dan kamera dengan memberikan tunjuk ajar berharga dan pengalaman langsung kepada para peserta. Barisan yang panjang dapat dilihat sejurus kedai dibuka seawal 10 pagi telah menjadi bukti bahawa DJI dan Hasselblad mempunyai tempat yang istimewa bagi rakyat di Malaysia.


Selain itu, kempen "Snap and Win" di lancarkan dari 25 Jun sehingga 1 Julai. Untuk maklumat lanjut sila layari @DJI.Malaysia dan @Hasselblad.MY di halaman Facebook & Instagram.

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...