Art of Speed Malaysia 2024 “Stop The Violence”
Art of Speed meraikan tahun baru 2024 bersama cinta tanpa benci; perpaduan tanpa sempadan
Dengan sambutan yang luar biasa dari pengunjung pada tahun 2023, Art of Speed kembali untuk tahun 2024 – lebih besar dan lebih baik dari sebelumnya! Tahun ini, acara Kustom & Counter Culture terulung Malaysia mengambil tempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) – ruang tertutup seluas 452,084 kaki persegi, ruang luar seluas 8.6 ekar – mengambil alih setiap dewan acara dengan menampilkan lebih banyak aktiviti demi memuaskan hati peminat dan pengunjung. MAEPS akan menganjurkan Art of Speed 2024 (AOS 2024) pada 27 Julai 2024 (10:00 pagi – 7:00 malam) dan 28 Julai 2024 (10:00 pagi – 7:00 malam).
AOS 2024 mengalukan tetamu komuniti kustom dan
juga media antarabangsa seperti:
1. Shige Suganuma, Shinotsuka “NATQQ” Michihisa
& Hey Murakamii dari MOONEYES; Japan
2. Ikon drift terkenal dunia Daigo Saito dari
Toyota Gazoo Racing akan menghadiri AOS 2024! Daigo ialah pemandu yang
mempunyai pengalaman bertahun-tahun dan telah memenangi pelbagai kejuaraan,
termasuk siri Grand Prix D1 dan siri Formula Drift. Beliau juga telah
mengasaskan kedainya sendiri bernama Fat Five Racing, di mana beliau telah
membina banyak kereta drift yang unik. Satu contoh yang ketara ialah
Lamborghini Murcielago (drift-spec)
miliknya. Sejak itu beliau telah mengembangkan kedainya - kini dikenali sebagai
Fat Five Land - yang merangkumi ruang istirahat/bar, pameran kereta dan kawasan
drift di mana anda boleh menunggang bersama Daigo.
3. Katie’s Customs; Jepun - akan menampilkan motosikal kustom Vincent Black Shadow (https://en.wikipedia.org/wiki/Vincent_Black_Shadow). Ditubuhkan pada tahun 2005, Katie's Custom Shop beroperasi di Daerah Nishitama di Tokyo. Pemiliknya Encik Katsuya Tasaki, adalah seorang yang pakar dalam Harley-Davidsons, dan visi kreatifnya adalah untuk mencipta satu silhouette dimana orang yang tidak berminat dengan budaya kustom akan tertarik dengannya! Beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah di Yokohama Hot Rod Custom Show.
4. STOOP Motorcycles; Jepun - Masato Ikemori dari
STOOP Motorcycles akan hadir ke AOS 2024 dengan Harley-Davidson Panhead
miliknya. Panhead pertama kali diperkenalkan pada tahun 1948 dan telah
dikeluarkan sehingga tahun 1965, dibuat dalam dua versi (61 and 74 cubic inch displacements). Nama panggilan
"Panhead" merujuk kepada bentuk penutup injap aluminium yang ditekan
yang menyerupai kuali memasak. Panhead terletak tinggi dalam hierarki enjin
Harley-Davidson klasik bersama-sama enjin terulung lain seperti Flathead,
Knucklehead dan Shovelhead.
5. EVILACT, Jepun - Dilahirkan dan dibesarkan di
Yokohama, Jepun, Minato Yamamoto dibesarkan di bawah pengaruh counterculture yang terkenal di kampung
halamannya. Selain mengasaskan EVILACT, Minato juga seorang bekas pelukis dan
kini merupakan pereka fesyen. Minato akan membawa Harley-Davidson Knucklehead
EL 1947 miliknya ke AOS 2024.
6. Nigel Petrie dari Engineered To Slide; Australia
- Nigel Petrie terkenal dengan kerja-kerjanya bersama kereta kustom. Minatnya
yang mendalam terhadap kereta dan motosikal telah mendorongnya untuk menjadi
pengimpal dan pereka, dengan rekaanya yang paling terkenal iaitu space frame
drift Toyota Hilux, yang dibina di bawah jenamanya Engineered To Slide. Nigel
kekal komited mengasah kemahirannya untuk mencipta kereta serta motosikal
kustom untuk dipadankan dengan gaya uniknya.
7. Spinny, Thailand - Pemenang Best European Custom
Bike di Bangkok Hot Rod Show 2024
8. Little Boy Cycles, Thailand - Pemenang Best of Show
di Bangkok Hot Rod Show 2024
9. Dino Dalle Carbonare & Alexander Iain dari
Speedhunters.com; Global
10. ONE LOW, Masashi Tasaki; Japan - One Low ialah
kedai Volkswagen Speed Shop yang ternama dari Jepun, terkenal kerana membina
MOONEYES Volkswagen Beetle drag car - Moon Bug.
11. Tengku Djan, The Prince of Drift - Tengku Djan
Ley bin Tengku Mahaleel ialah seorang pemandu drift profesional Malaysia yang
telah bertanding dalam siri D1 Grand Prix Racing sepanjang beberapa siri drift
dan perlumbaan. Beliau mempunyai banyak pencapaian dalam kerjaya perlumbaan
profesionalnya seperti memenangi perlumbaan Merdeka Millennium Endurance selama
12 jam berturut-turut pada 2005 dan 2006.
12. Makoto from Makoto M&K Custom Signs - Makoto ialah artis yang menghasilkan poster AOS 2024 dan juga pereka untuk kereta die-cast di Hot Wheels Japan Collectors Convention.
13. 2 Percenter, Jepun
14. Masanari Kobyashi dari Jepun
15. Burnout Magazine, Jepun
16. Majalah Vibes, Japan - Tahun ini pemilik majalah
Vibes, Encik Tosihiro, akan mengunjungi AOS 2024
17. Majalah Ignite, Thailand
18. Cynar, Jepun
19. Mow, Australia
20. Choppajoop, Singapura
21. Hisa Artes 66 Paintlab, Indonesia (kumpulan
kolektif 15 artis ‘pinstripe’)
22. Fahmi Freeflow, Indonesia
23. Mill Art, Indonesia
24. Mr. Pinman, Thailand
25. Irvine Jasta, Indonesia
26. Cherry Bomb Pin-Up Parlour, Singapore
27. Bangkok Hot Rod Show, Thailand
28. Mooneyes Bangkok, Thailand
29. Kustomfest, Indonesia
30. Borneo Kustom Show, Brunei
31. BBQ Ride, Indonesia
32. Wicked Wallop, Singapore
33. Ya Seat, Thailand
34. Wheelspin, Thailand
35. Von Dutch, Indonesia
Sorotan khas AOS 2024 bakal merangkumi:
- Terbaharu Untuk 2024! - SoundCircus Takeover oleh Art of Speed
kali ini berbeza dari tahun sebelumnya. Bukan lagi festival di luar dewan,
SoundCircus kini mengambil alih Dewan A! Kugiran musik seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, Jemson X
Forcesparkbois, Slatan, 53 Universe dan ramai lagi akan
menggegar AOS kali ini! SoundCircus akan diadakan sepanjang acara
berlangsung dari 27 ke 28 Julai 2024 dari jam 4:00 petang hingga lewat di
MAEPS Serdang. Tiket kini boleh didapati di
https://scf.artofspeedmy.com/ticket/ (Tiket Early Bird sudah habis dijual).
*PENTING* Memandangkan SoundCircus Takeover
ialah acara tertutup, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak yang hadir!
- Terbaharu Untuk 2024! - Art of Speed akan berkolaborasi dengan
Selangor FC (SFC) dalam menyokong kempen SFC yang sedang berjalan; "Stop The Violence", melayari
daripada bola sepak kepada gaya hidup automotif.
- Terbaharu Untuk 2024! - Komuniti Moto4sale untuk jual beli
motosikal bawah 500cc.
- Terbaharu Untuk 2024! - Kolaborasi Art of Speed bersama IGL
Coatings akan mempamerkan coating edisi
terhad yang dibuat khas untuk penunggang motosikal dan motosikal.
- Terbaharu Untuk 2024! - AOS berkolaborasi bersama 4 jenama tahun
ini! Pertama, Art of Speed X Zippo. Kedua, Art of Speed X Von Dutch (baju
kerja dan topi). Ketiga, Art of Speed X Selangor FC, dan kolaborasi yang
ditunggu-tunggu tahun ini ialah Art of Speed x MOONEYES.
- Terbaharu Untuk 2024! - AOS
Invitational Build-Off kembali dengan
10 orang pembina binaan khas yang akan merebut hadiah wang tunai
dan juga peluang untuk menghantar motorsikal kustom mereka ke Jepun untuk
acara The 32nd Yokohama Hot Rod Custom Show 2024. Pembina binaan khas yang
tepilih adalah;
1. Abah & Sons (Padin Musa)
2. Nodie Cycles
3. Acid Welding
4. Zuhalfast
5. RGF
6. Flying Loser
7. Chaos Customs
8. FNG Works
9. Son of Abdul
- The 2nd Official
Hot Wheels Collectors Convention Malaysia kembali lagi di Dewan C selepas mendapat
sambutan yang hangat dari pelawat dan pengumpul kereta figura tersebut
pada tahun 2023. Kali ini pengunjung akan dapat menikmati lebih banyak
aktiviti Hot Wheels - yang termasuk Pameran Hot Wheels Rare dan
Collectibles, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy And Sell, sesi
perkongsian pengumpul, Pertandingan Kustom Hot Wheels dan banyak lagi! Dan
untuk satu malam, majlis makan malam juga akan diadakan untuk Hot Wheels
Collector Convention di Hotel Concorde, Kuala Lumpur. AOS 2024 akan
melancarkan modal die-cast eksklusif
konvensyen pertama untuk Malaysia bersama-sama Pengurus Pereka -
Kenderaan Hot Wheels, Dwayne Vance.
- Kembali di AOS juga ialah Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally”
– kawasan terbuka yang dikhaskan sepenuhnya untuk penunggang dan peminat
motosikal. Sorotan untuk ThunderCircus termasuk “ride-in” mega dan
pengumpulan kumpulan motosikal dari sekitar rantau ini.
- Kerjasama dengan NoEqual.co akan menampilkan NEAT Fest di Dewan C,
menampilkan paparan kolektif kereta bermodifikasi yang dipilih dari seluruh
Malaysia. Kereta yang diketengahkan adalah beberapa yang diubah suai
menarik daripada kategori tempatan, Jepun, Eropah dan supercar.
- Daripada menjadi sebahagian AOS kepada acaranya tersendiri - Off
The Grid akan kembali semula di Dewan C. Menampilkan "gaya hidup
outdoor" yang diadakan di ruangan tertutup dengan keselesaan hawa
dingin, Off The Grid akan mempamerkan banyak aktiviti di atas dan luar
pentas untuk dinikmati seisi keluarga. Jenama-jenama tempatan dan
antarabangsa juga tersedia buat peminat “gaya hidup outdoor” cuci mata dan
membeli belah!
- Hail Vintage dan Streetware Con menampilkan fesyen pakaian jalanan
dan thrift di Hall D. Kini
dengan lebih banyak vendor untuk 2024. Tahun ini menampilkan Backdoor
Soundsystem Collective untuk menghiburkan orang ramai sepanjang
hujung minggu.
- Christopher Ng dari Motoqar akan menjadi hos pada tahun ini untuk
acara Kustom & Koffee Talk tahunan di Dewan A pada pukul 3.30 petang
pada hari Sabtu, bersama-sama dengan ahli panel dari luar negara. Forum
ini akan membincangkan trend terkini dalam industri motosikal dan
automobil.
- Show & Shine juga kembali di Dewan A, menampilkan kereta-kereta yang telah diubah suai dan motosikal bermodifikasi terbaik dengan peluang memenangi Best of Show iaitu lawatan ke The 32nd Annual Yokohama Hot Rod Custom Show yang akan diadakan pada Disember 2024 nanti.
Aktiviti tambahan AOS 2024 merangkumi:
•
Roda
Rumble 2024 – Two Wheels Gathering &
Outdoor Festival yang dianjurkan oleh Retro Mania
•
La
Cultura – Malaysia’s Chicano Culture
Appreciation Gathering, merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano,
persembahan Tarian dan DJ, dan lain-lain lagi.
•
Food
Park- Vendor dan foodtruck makanan kini di LUAR!
•
Bazar
vintaj automobil
•
Pelancaran
produk di atas pentas
• Test Ride Zone untuk motorsikal (Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, dan lain-lain)
Cabutan bertuah tahun ini akan berlangsung pada hari Ahad dan ianya istimewa kerana hadiahnya merupakan kolaborasi antara AOS X QARTEL TV. Seorang pemegang tiket bertuah akan pulang dengan hadiah cabutan bertuah dengan SATU (1) Honda yang telah dimodifikasi. Kereta ini merupakan kenderaan “moden” pertama yang dipilih sebagai hadiah, dipilih kerana berfungsi serba boleh dan kecakapannya. Oleh itu, AOS telah bekerjasama dengan pakar Honda, Qaqal Jeffry dari QARTEL TV.
Pas hujung minggu AOS 2024 boleh diperolehi di
depan pintu dan atas talian dengan harga RM35.00, manakala kanak-kanak di bawah
umur 12 tahun masuk secara PERCUMA. Pemegang pas OKU juga diberikan kemasukan
secara percuma. Baharu untuk tahun 2024 adalah pilihan untuk mendapatkan parkir
tiket valet VIP. Dengan bayaran RM30.00, pengunjung boleh meletakkan kereta
mereka di aras bawah di Dewan D dan ia sah untuk kemasukan sehari.
*Tidak termasuk yuran pemprosesan RM3
“Kami amat bersyukur kerana dapat menganjurkan Art of Speed Malaysia selama 13 tahun. Ia bukan sahaja untuk merealisasikan sebuah impian tetapi juga untuk kekal dengan cita-cita asal kami iaitu mengadakan acara yang mengumpulkan peminat-peminat di bawah satu bumbung untuk meraikan segala yang berkaitan dengan seni, gaya hidup, budaya dan permotoran,” kata Encik Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM).
“Kami dengan sedaya upaya telah mencipta acara kami dengan dasar dan cara yang betul untuk diikuti, yaitu menyediakan ruang yang selamat, selesa dan inklusif, kandungan untuk semua deria manusia, aspirasi yang berpatutan, persaudaraan, dan sentiasa meraikan masa yang baik. Kesimpulannya, Art of Speed adalah untuk semua orang; sentiasa ada dan akan sentiasa ada. Terima kasih kerana bersama dengan kami sekali lagi untuk tahun 2024 dan jom kita sama-sama nanti meraikan AOS 2024!”
Permohonan Vendor & Korporat kini dibuka, sila hubungi Rafiq di talian +6012 2620 405 untuk sebarang pertanyaan perniagaan. Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/
Instagram: https://www.instagram.com/artofspeedmy/Facebook : https://www.facebook.com/ArtOfSpeedMYTikTok : https://www.tiktok.com/@artofspeedmyYouTube : https://www.youtube.com/c/ArtofSpeedMalaysia
No comments
I want you to know how much I value your support.