Bagaimana Penjual Fesyen Tempatan Tawan Peluang E-dagang
Walau bagaimanapun, di sebalik cabaran ini, penyelesaian strategik tersedia untuk menyokong pertumbuhan PMKS. Dengan memberi tumpuan kepada perkhidmatan pelanggan cemerlang dan strategi yang mengutamakan pelanggan, perniagaan tempatan dapat menonjol daripada persaingan dan membina hubungan yang kukuh dan berkekalan dengan pembeli. Di samping itu, alat yang membantu meningkatkan pengalaman membeli-belah, seperti ciri strim langsung menawarkan potensi besar buat penjual untuk menarik perhatian pembeli dalam talian.
Tambahan lagi, dengan menawan pembeli yang berpuas hati dengan pembelian mereka dan menjadikan mereka pelanggan setia, penjual boleh menggalakkan pemasaran dari mulut ke mulut (word-of-mouth) yang positif, di samping penilaian dan ulasan yang baik dapat memacu pertumbuhan lalu membantu mewujudkan pangkalan pelanggan yang setia.
Khidmat Pelanggan Cemerlang: Nasihat Fesyen
Berperibadi dari Perak ke Seluruh Negara
Sebuah perniagaan yang mencapai kejayaan melalui perkhidmatan pelanggan yang cemerlang adalah KM Fashion Center. Terletak di Teluk Intan, Perak, KM Fashion Center menonjol dengan pilihan fesyen bergaya dan berpatutan yang memenuhi cita rasa pembeli tempatan. Dedikasi mereka terhadap kecemerlangan dan kemampuan milik disertai dengan komitmen kuat menggunakan kaedah yang mengutamakan pelanggan melalui interaksi yang diperibadikan, telah meletakkan mereka di tempat unik dalam pasaran kompetitif.
KM Fashion Center bergantung sepenuhnya kepada ciri interaktif Shopee, seperti Shopee Live dan Shopee Chat, untuk membawakan pendekatan yang praktikal dan diperibadikan, melampaui aspek transaksi perniagaan untuk memupuk hubungan berkekalan dengan pelanggan. Di samping itu, penggunaan alat analitik Shopee membolehkan mereka menyusun pilih koleksi mereka agar selaras dengan keutamaan pelanggan membolehkan mereka menawarkan pelbagai pilihan produk yang sesuai dengan citarasa pembeli.
Strategi yang mengutamakan pelanggan ini telah memacu pertumbuhan hebat buat jenama ini, terutamanya semasa kempen 6.6 baru-baru ini, di mana saiz pesanan meningkat tiga kali ganda dan hasil jualan berganda berbanding bulan sebelumnya.
"Shopee memainkan peranan penting dalam memudahkan perhubungan langsung dengan pelanggan kami. Shopee Live membolehkan kami mempamerkan rekaan pakaian terkini dan telah membantu meningkatkan keterlihatan jenama dan jualan kami secara ketara," kata Cris Low, Pengarah KM Fashion Center.
KM Fashion Center juga menggunakan Shopee Live untuk menggalakkan penglibatan pelanggannya. Ia berfungsi sebagai saluran yang dipercayai bagi jenama ini untuk memberikan cadangan fesyen yang diperibadikan, mengumpulkan maklum balas langsung, dan memberi respon segera terhadap pertanyaan pelanggan. Melalui Shopee Live, jenama ini mampu mencapai lebih ramai pelanggan di luar lokasi kedai fizikal mereka, sambil mengekalkan kualiti tinggi perkhidmatan pelanggan. Oleh itu, Shopee Live mencipta satu titik sentuh baharu yang menonjolkan kualiti produk dan kepakaran KM Fashion Center serta memupuk kesetiaan jenama.
Membuka Kejayaan dengan Ulasan Pelanggan yang Autentik
Melebihi keperibadian, kajian menunjukkan bahawa ulasan dan penilaian memainkan peranan penting dalam meningkatkan jualan dan membina kepercayaan dengan pelanggan berpotensi, sementara foto dan video produk daripada pengguna secara efektifnya boleh menangani kebimbangan pembeli. Menurut kaji selidik "Masa Depan Membeli-belah" Shopee yang dijalankan oleh Kantar Profiles, 19% responden Gen Z mengutamakan 'jenama yang sangat disyorkan.' Di samping itu, mereka sangat bergantung pada ulasan, demonstrasi, dan sokongan (27% daripada responden) semasa membuat keputusan pembelian.
Terletak di Kuala Lumpur, Tudung Exclusive adalah jenama fesyen yang telah mencapai kejayaan di Shopee kerana pengalaman pelanggan yang cemerlang, seperti yang dilihat dalam ulasan dan penilaian pelanggan yang tinggi. Dalam hanya empat tahun, jenama ini, yang memperkasakan wanita muda Malaysia dengan pakaian yang elegan dan sopan yang memupuk keyakinan, kebanggaan budaya, dan keperibadian, telah meraih lebih 75,000 pengikut dan mendapat penilaian bintang 4.9 yang mengagumkan.
Muhammad Abdullah, Pengurus Tudung Exclusive, menekankan impak transformasi maklum balas pelanggan terhadap evolusi jenama. "Ulasan dan penilaian positif bukan sahaja mengesahkan dedikasi kami terhadap kecemerlangan tetapi juga menguatkan semangat kami untuk terus berusaha menawarkan tudung yang berkualiti tinggi, versatil, dan berpatutan kepada pelanggan" jelasnya.
Melalui penglibatan strategik dan fokus yang teguh terhadap kepuasan pelanggan, Tudung Exclusive terus berkembang maju di Shopee - menetapkan penanda aras bagi pertumbuhan penjual dan meningkatkan reputasi mereka dalam landskap fesyen dinamik Malaysia.
Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan dan Penglibatan
Pengguna
Bagi Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, fokus asas platform ini adalah mengutamakan perkembangan strategi dan penyelesaian berterusan untuk membantu perniagaan tempatan mengatasi pelbagai cabaran.
Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, berkata, "Di Shopee, teras utama kami adalah komitmen kami dalam membawakan kualiti perkhidmatan cemerlang kepada pengguna dan memacu perkembangan perniagaan tempatan. Inilah sebabnya kami sentiasa menambahbaik perkhidmatan kami yang termasuk penambahbaikan pengalaman membeli-belah dan penghantaran dengan kerjasama rakan logistik melalui program seperti Jaminan Tepat Waktu dan 15 Hari Pemulangan Percuma. Program-program ini memperkasakan pembeli dengan jaminan pemenuhan pesanan tepat waktu oleh semua Logistik Sokongan Shopee (SSL) dan memupuk kepercayaan yang lebih mendalam dalam kalangan pembeli. Shopee memperkukuhkan komitmen ini dengan penebusan baucar RM5 untuk setiap penghantaran yang melebihi tarikh penghantaran yang dijangkakan."
Tambahan lagi, dengan kecenderungan meningkat pengguna tempatan terhadap pengalaman membeli-belah e-dagang yang menarik dan menghiburkan, Shopee telah melancarkan ciri baharu - Shopee Video, yang membawakan video daripada pencipta kandungan. PMKS boleh menjangkakan bahawa Shopee Video akan menyediakan ulasan dan cadangan word-of-mouth yang positif untuk produk mereka, seterusnya meningkatkan kesedaran dan minat terhadap kedai serta produk mereka.
Inisiatif baharu ini menunjukkan dedikasi Shopee kepada penjual dan pengguna serta kemampuannya untuk memenuhi keperluan mereka yang semakin berkembang. Shopee kekal sebagai destinasi e-dagang yang dipercayai semua.
No comments
I want you to know how much I value your support.