Terbaru/News

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.


PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa Pahlawan / Perwira Jaya telah berjaya memeriahkan masjid sempena Karnival Maal Hijrah 1446H pada 27 Julai 2024.



Pelbagai aktiviti menarik seperti Mosque Tour Bersama Non Muslim, Persembahan Nasyid & Tilawah Al-Quran (Muallaf), Demo Masakan Bersama Chef Fendy, Gotong Royong Memasak Bubur Asyura, Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan Cabutan Bertuah.




Berlansung juga aktiviti mewarna dan kuiz untuk kanak-kanak, Pameran Khazanah Rasulullah serta demonstrasi Penulisan Al-Quran dan pengisian rohani iaitu forum hijrah pada sesi malam bersama panel-panel dan mualaf baru.




Turut serta Kelab Memanah Al-Ummah yang mengadakan Mini Tournament Fun Archery bagi pengunjung-pengunjung yang hadir memeriahkan majlis. Pengunjung juga dapat menikmati makanan gerai-gerai yang mengambil bahagian.



Sepanjang karnival berlansung turut mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua peringkat umur. Moga karnival seperti ini dapat di teruskan bagi mendekatkan masyarakat setempat.





Untuk pengetahuan semua, tahun ini merupakan tahun ke lima karnival tersebut diadakan yang bertujuan bagi mengimarahkan bulan sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW yang disambut saban tahun.





Latar Belakang PERKIM

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989.

PERKIM di peringkat negeri dikenali sebagai PERKIM Bahagian. Terdapat 13 buah bahagian di seluruh negara kecuali Sabah. Pengurusan PERKIM Bahagian diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian. Urusetia PERKIM Kebangsaan menyalurkan peruntukan untuk pengajian kakitangan dan juga untuk beberapa aktiviti tertentu di peringkat PERKIM Bahagian.

PERKIM juga mempunyai bahagian wanita yang dikenali sebagai Wanita PERKIM dan kedudukannya adalah setaraf dengan PERKIM Bahagian-bahagian.

Di peringkat bahagian pula wujud entiti cawangan di setiap daerah. Cawangan-cawangan ini diuruskan oleh Pengerusi Cawangan yang juga dipilih di dalam Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan. Cawangan bertanggungjawab melapor segala gerak kerja kepada PERKIM Bahagian bagi memastikan ianya selari dengan dasar PERKIM Kebangsaan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web https://perkimdk.com/

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...