Pelancaran Kad Kredit Korporat Merchantrade Money Biz Kad Prabayar Korporat Pertama Malaysia
Merchantrade Asia Sdn Bhd peneraju inovasi dalam perkhidmatan kewangan digital dengan lebih dari 90 cawangan telah melancarkan Kad Korporat Merchantrade Money Biz, yang kini menjadi Kad Prabayar Perniagaan Visa pertama di Malaysia yang lebih inovatif bagi memudahkan pengurusan perbelanjaan bagi syarikat-syarikat dari pelbagai industri dari Korporat hingga Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS).
Merchantrade Money Biz
menggabungkan 3 kaedah inovatif iaitu Kad Prabayar Perniagaan Visa (dengan had
RM50,000 dan pengeluaran kad tanpa had bagi setiap syarikat) yang dipautkan
dengan eDompet pelbagai mata wang, dan portal pengurusan perbelanjaan dengan
fungsi yang direka untuk perniagaan moden.
Ramasamy K Veeran,
Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, berkata: “Merchantrade Money Biz
bersedia menandingi kad kredit korporat tradisional yang dikeluarkan oleh bank.
Kad kredit korporat biasanya hanya untuk eksekutif atasan kini, dengan
Merchantrade Money Biz, ia memberi kelebihan kepada pekerja di semua peringkat
dengan kad prabayar korporat sambil menyediakan kemudahan untuk majikan
mengawal dan mengurus kewangan dengan tepat dan betul. Kami mempercayai bahawa
kad prabayar korporat ini adalah satu inovasi yang telah mengubah cara syarikat
dalam mengurus perbelanjaan mereka dan menjadi satu alternatif yang terbaik
bagi mereka yang tidak dapat memperoleh kad kredit korporat dengan bebas risiko
pembelanjaan berlebihan dan bebas faedah.”
Dikuasakan oleh Visa,
kad prabayar perniagaan ini boleh digunakan oleh pekerja untuk membuat
pembayaran di seluruh dunia, sama ada dalam talian atau runcit untuk
perbelanjaan syarikat. Ia juga dipadankan dengan eDompet pelbagai mata wang
yang membolehkan pengguna menukar mata wang sehingga 20 mata wang asing dengan
kadar tetap untuk pembayaran antarabangsa. Portal pengurusan perbelanjaan pula
bukan sahaja secara automatik dan mendigitalkan proses perniagaan, tetapi juga
memberikan 100% ketelusan pada semua transaksi dan termasuk kawalan yang
mantap.
Roy Choudhury Debarun, Ketua Penyelesaian Komersial dan Pergerakan Wang Visa untuk rantau Asia Tenggara berkata: “Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Merchantrade Asia untuk memperkenalkan kad prabayar pertama untuk syarikat-syarikat korporat dan PKS di Malaysia. Ini adalah penyelesaian yang relevan dan tepat pada masanya, kerana kita telah melihat pertumbuhan sebanyak dua-angka dalam perbelanjaan kad komersial di Malaysia berbanding tahun lepas. Ini menunjukkan peningkatan permintaan oleh syarikat-syarikat di negara ini untuk menggunakan kaedah pembayaran digital dan inovatif. Di Visa, kami komited untuk memperkasakan perniagaan melalui rangkaian global kami dan kepakaran kami untuk penyelesaian pembayaran. Kerjasama kami dengan Merchantrade melambangkan visi kami untuk meningkatkan keterangkuman kewangan dalam ruang pembayaran B2B dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan untuk Malaysia”
Lebih daripada 80 syarikat telah mendaftar semasa fasa percubaan, menunjukkan permintaan yang tinggi dan penerimaan positif terhadap produk baru ini. Ini menekankan komitmen Merchantrade untuk menyediakan penyelesaian kewangan digital yang inklusif dan efektif dalam memenuhi keperluan syarikat yang berkembang pesat di Malaysia. Visi Merchantrade juga selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan syarikat mendigitalkan operasi mereka dan menerima gaya baharu dalam usaha membina ekonomi yang lebih tanpa tunai.
Pada pelancaran kali ini tetamu yang hadir dapat melihat sendiri penerangan Aplikasi portal pengurusan secara lansung yang lebih mendalam seperti kecekapan, kepantasan, keselamatan yang terjamin dan soal jawab bersama pihak Merchantrade.
Ternyata aplikasi pengurusan tanpak lebih pantas dan inovatif berbanding aplikasi yang lain. Moga kerjasama yang dibangunkan ini dapat berfungsi dengan baik dan dapat menyelesaian masalah serta mengubah cara syarikat beroperasi. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web https://www.merchantrademoney.com/business/
No comments
I want you to know how much I value your support.