PELANCARAN ORBIT10000 KELUARAN ORIENT TELECOMS MENEMBUSI PASARAN MALAYSIA
PELANCARAN ORBIT10000 KELUARAN ORIENT TELECOMS MENEMBUSI PASARAN MALAYSIA
Menerajui Masa Depan dengan Internet Perniagaan Premium 10Gbps untuk Keperluan Kritikal- Misi dan Kesediaan untuk Era Kepintaran BuatanOrient Telecoms, sebuah syarikat tersenarai di UK dan penyedia perkhidmatan rangkaian terurus dan telekomunikasi serta penyelesaian teknologi, secara rasmi melancarkan ORBIT 10,000 Internet Perniagaan Premium dengan kapasiti 10Gbps hari ini.
Menerusi langkah penting untuk
mentakrifkan semula ketersambungan perniagaan, perkhidmatan premium itu
disesuaikan untuk perniagaan berskala besar. Ia mula ditawarkan di Malaysia
sebelum dikembangkan ke peringkat serantau dan global. Perkhidmatan ini
memastikan kelajuan dan keselamatan 10,000 Mbps dengan memanfaatkan Teknologi
Slipstream Conduit proprietari Orient Telecoms yang beroperasi pada infrastruktur
Ethernet Kelas Pembawa aktif. Ini berbeza dengan penyedia perkhidmatan lain
yang menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi tetapi kebanyakannya
beroperasi pada infrastruktur rangkaian optik pasif yang sederhana. Rangkaian
Kelas Pembawa aktif menjadi pilihan utama kerana skalabiliti, keupayaan
prestasi dan kesesuaian untuk menyampaikan ketersambungan internet yang mantap,
boleh dipercayai dan selamat.
“ORBIT 10,000 adalah perkhidmatan Internet Perniagaan Premium yang pertama seumpamanya di Malaysia dan kami yakin ia akan meletakkan Orient Telecoms dan industri telekomunikasi Malaysia sebagai kuasa yang perlu diberi perhatian di rantau ini,” kata Encik Yane Alkushovski, Naib Presiden, Orient Telecoms Plc pada taklimat media yang diadakan di Kuala Lumpur.
Teknologi Perintis untuk
Prestasi Tiada Tandingan
ORBIT 10000 bukan semata-mata mengenai
kelajuan; ia juga mengenai penyampaian pengalaman internet yang komprehensif,
selamat dan boleh dipercayai. Perkhidmatan ini menyepadukan rangkaian teknologi
canggih dan keupayaan sistem yang direka untuk memenuhi permintaan perusahaan
masa kini:
·
Seni Bina Rangkaian Zero Trust: Memastikan setiap
permintaan akses, sama ada peringkat dalaman atau luaran, disemak dan disahkan
dengan teliti bertujuan untuk melindungi data sensitif daripada akses yang
tidak dibenarkan.
·
Sistem Pertahanan Pencerobohan & Tebatan Cleanpipe
DDoS: Menyediakan perlindungan yang teguh terhadap serangan
penafian-perkhidmatan dan pencerobohan rangkaian tanpa kebenaran bagi memastikan
operasi perniagaan berjalan lancar.
·
Perisai Perlindungan Lapisan Rangkaian: Menawarkan
lapisan keselamatan tambahan untuk mencegah aktiviti berniat jahat dan ancaman melibatkan
rangkaian.
·
Penghalaan Keutamaan Rangkaian Kelas Perniagaan: Memastikan
prestasi optimum untuk aplikasi kritikal perniagaan, meminimumkan kependaman
dan memaksimumkan kecekapan.
·
Ciri Keselamatan Rangkaian Komprehensif: Termasuk
firewall kritikal-misi dan penyelesaian bunkering rangkaian untuk mewujudkan
persekitaran digital yang kukuh.
Mentransformasi
Kesalinghubungan Perusahaan
ORBIT 10000 bersedia untuk
merevolusikan cara perniagaan memenuhi keperluan internet mereka. Dengan
menggabungkan kelajuan ultra pantas dengan keselamatan dan kebolehpercayaan,
Orient Telecoms menetapkan standard baharu untuk ketersambungan perniagaan.
Perkhidmatan ini direka bentuk untuk memperkasakan perniagaan, membolehkan
mereka berkembang maju dalam dunia digital.
Keselamatan Tiada
Tandingan dengan Insurans Tahap-1
Komitmen Orient Telecoms untuk
menyediakan perkhidmatan internet yang selamat dan berdaya tahan dengan
menawarkan ORBIT10000 Internet Perniagaan Premium turut disokong dengan polisi
insurans Tahap-1 bernilai USD10 juta yang memberi ketenangan kepada perniagaan
kerana mengetahui operasi mereka dilindungi daripada ancaman operasi. “Ini
menunjukkan komitmen kami terhadap keselamatan data pelanggan dan keyakinan
kami terhadap keteguhan langkah keselamatan ORBIT10000,” tambah Yane
Alkushovski.
Kesediaan untuk Era
Kepintaran Buatan
Pertumbuhan pesat Kecerdasan Buatan
(AI) membawa kepada era baharu permintaan pengkomputeran. Perniagaan kini semakin
bergantung pada pemprosesan data masa nyata, pembelajaran mesin dan aplikasi
intensif-sumber. ORBIT10000 menangani cabaran itu dengan menyediakan asas yang teguh
dan selamat yang diperlukan untuk berkembang maju dalam landskap AI. Kepantasan
ORBIT10000 memperkasakan perniagaan untuk:
· > Mengendalikan jumlah data besar yang diperlukan untuk
latihan dan analisis AI dengan lancar.
· > Memudahkan pemprosesan masa nyata untuk aplikasi dan perkhidmatan yang dikuasakan oleh AI.
· > Memastikan kelancaran operasi automasi dipacu AI dan
proses pembelajaran mesin.
Visi untuk Masa
Depan
Pelancaran ORBIT 10000 oleh Orient
Telecoms menandakan peristiwa penting dalam landskap telekomunikasi Malaysia.
Ia mencerminkan dedikasi syarikat terhadap inovasi dan kecemerlangan,
menyediakan peralatan yang perlukan oleh perniagaan untuk berjaya. Apabila
perniagaan semakin berkembang, Orient Telecoms kekal komited untuk menyokong
perjalanan mereka dengan teknologi terkini dan kebolehpercayaan yang tidak
berbelah bahagi.
Encik Alkushovski berkata, ORBIT10000
dipantau dalam masa nyata oleh Pusat Operasi Rangkaian kami bagi memastikan
tindak balas insiden yang pantas dan mempertingkatkan prestasi serta
kebolehpercayaan. ORBIT10000 menjamin 99.99% masa beroperasi dan pemulihan
pantas dalam tempoh 4 jam, disokong oleh bantuan secara 24/7/365.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ORBIT 10000 dan cara ia mengubah ketersambungan perniagaan anda, layari laman sesawang Orient Telecoms atau hubungi pasukan penyelesaian perniagaan kami. Alami masa depan perkhidmatan internet dengan ORBIT 10000 – di mana kelajuan disokong keselamatan, dan inovasi memacu kejayaan.
About Orient Telecoms:
Orient
Telecoms is a UK company, listed on the Standard List of the Main Market of the
London Stock Exchange. It is a pioneering force in the regional Managed Network
& Telecommunications Services and technology landscape, dedicated to
empowering businesses and enterprises through innovative solutions. With a deep
understanding of the evolving needs of the local and regional market, the
Company strive to deliver cutting-edge products and services that either helps
customers increase revenue, reduce cost and improve performance efficiency
& productivity. Orient Telecoms believes in building long-term partnerships
with its customers based on trust, transparency, and a shared commitment to
success. They passionate about leveraging technology to create a brighter
future for all local and regional businesses and enterprise, fostering
innovation, economic growth, and digital inclusion for all.
No comments
I want you to know how much I value your support.