Terbaru/News

PERSEKA Menganjurkan Air Tangan Emas atau JOM “Jewels Of Malaysia Dan Memperkenalkan Duta Baharu Haqiem Rusli

PERSEKA Menganjurkan Air Tangan Emas atau JOM “Jewels Of Malaysia Dan Memperkenalkan Duta Baharu Haqiem Rusli


PERSEKA adalah Persatuan Penggiat Senireka Barang Kemas yang ditubuhkan di bawah NGO Koperasi Norras Berhad pada 8 Feb 2024 beralamat di G-12 Saville@Melawati, Jalan KolamAir, Desa Melawati 53100 Kuala Lumpur dan no pendaftaran PPM-009-14-08022024.


Persatuan Penggiat Seni Reka Barang Kemas (PERSEKA) Pengerusi Kehormat Datin Dr. Raskidah Ali, Penasihat Datuk Mohamad Fazly bin Zainudin, Penaja JOM Trishya & Co.Cik Nayli Batrishya dan Duta JOM Haqiem Rusli


Antara aktiviti terawal yang di anjurkan oleh PERSEKA adalah Air Tangan Emas atau nama antarabangsanya adalah JOM “Jewels Of Malaysia”. JOM adalah acara pencarian bakat semulajadi dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Tidak terkecuali program ini turut menjemput bakat-bakat dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura, dan Brunei. Menariknya pencarian bakat ini turut mengalu-alukan penyertaan dari pelajar IPTA dan IPTS sekaligus bakal melahirkan bakat-bakat muda dengan idea yang segar dari golongan ini.

JOM akan bermula pada ogos di Johor Bharu mewakili Zon Selatan, September di Kuala Terengganu mewakili Zon Timur, Oktober di Pulau Pinang mewakili Zon Utara, November di
Sabah dan Sarawak dan akan berakhir pada Disember di Kuala Lumpur.

Pada peringkat akhir, JOM akan pilih 2 pemenang dari setiap kategori dari 5 negeri tersebut.untuk di bawa ke Kuala Lumpur untuk di adili pada peringkat akhir. Pada Peringkat akhir pertandingan ini akan mengumpulkan ke semua peserta akhir dalam satu tempat. Dan di
sinilah mereka akan menghabiskan masa yang diperuntukkan bagi menyiapkan tugasan yang
telah di berikan.

Pihak Jom kini mengalu-alukan penyertaan dari seluruh negara dan negara jiran terdekat untuk mengambil bahagian. Yang paling menarik hadiah yang ditawarkan kepada pemenang adalah sangat lumayan selain memberikan pengalaman yang cukup berharga kepada para
peserta.

Sebagai makluman, hadiah utama peringkat akhir adalah :
1. Pemenang Pertama - 1kg 999 jongkong emas & Kursus pendek dalam bidang senireka di University of Arts London.

2. Pemenang ke 2 - 100g 999 jongkong emas & Kursus pendek dalam bidang senireka di University of Arts London.

3. Pemenang ke 3 - 100g 999 jongkong emas
4. Tempat ke 4 hingga 10 - 10g 999 jongkong emas

Sebagai sebuah NGO yang sebelum ini mengangkat seni budaya negara menerusi rekaan emas yang exclusive dan memiliki keunikan rekaan tradisi melayu seperti Gong, Congkak, Buah-buahan tempatan, binaan yang menjadi ikon negeri, dan motif flora yang terkenal di Malaysia , pihak penganjur mengharapkan agar program ini dapat diadakan saban tahun sebagai acara tahunan bagi memartabatkan seni reka berbudaya Melayu dan berjiwa Malaysia sekaligus mengangkat keunikan rekaan ke persada dunia.

Selain itu, kehadiran artis popular Haqiem Rusli yang akan menyanyikan lagu tema JOM juga bakal menjalin kerjasama dengan penganjur sepanjang sesi pencarian bakat baharu ini sebagai Duta JOM.

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...